Jumaat, 6 Mac 2015

Allah Menunggumu Didalam TahajudMu Sayangku

Bismillah dengan penuh kasih dalam setiap lunak kata-kata yang tidak seberapa dapat memberi info berguna buat insan yang membacanya.
Keajaiban solat tahajud Cara kita berhubung dekat dengan allah yang maha mendengar disetiap apa yang kita inginkan baik dari sudut kehidupan mahupun dari sudut akhirat kelak.

Jom kita terjah apa yang best sangat solat tahajud ini???
.

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah s.w.t.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Berkongsi pengalaman saya sejak mengikuti Seminar DAO baru diriini sedar bertapa kosongnya jiwa, Hanya jika kerana terlalu mengejar kebendaan duniawi semata tanpa mengerjakan apa yang boleh kita lakukan tapi dengan kuasanya.

*************************************************************************
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


#Withloveiejafaiziah
#Sahamjutawanakhirat
#Kitakanislam
#Teamchefskitchen




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BEKAL ANAK KE SEKOLAH MINI BURGER BOLEH BANTU PARA IBU??

“TAK TAHU NAK PREPARE APA UNTUK SARAPAN PAGI ANAK ANDA??? NAK YANG SUPERSEDAP DAN MUDAH PENYEDIAAN. JOM KAMI BANTU ANDA.... ✅ Inginkan idea ...