Isnin, 23 Mei 2016

Coretan Alkisah SiPemberi Kepada Lelaki tua Sibuta

JOM baca sampai Habis➡➡

Mengimbau detik-detik perjalanan bertugas sebagai #crewsehatisejiwa di Kuala lumpur
pelbagai pengalaman yang dialami, Bila berjalan ke negeri orang pasti akan terjumpa @ terlihat
Aksi atau gelagat yang benar-benar luar dari kotak fikiran saya.
antara yang saya sendiri jumpa..
Semasa perjalanan dari Hentian TBS terpadang seorang lelaki Tua Sibuta bersama dengan seorang anak kecil lelaki
dalam hati mula terdetik.. Kenapa pagi-pagi dengan keadaan sejuk mereka berdua duduk dekat sini…..
Tak ada tempat tinggal ke.. Lama juga aku merenung lalu aku menyeluk kocek ada sekeping note Merah..
sambil meletakkan ke tangan lelaki tersebut dan lelaki tersebut berkata ' Semoga segala urusan anak dipermudahkan
oleh allah.. Terima kasih berbanyak ya...'
tiba-tiba setitik mutiara putih jatuh kepipi.. "dalam hati terdetik lagi Ya allah jika ini pemberiaan ku yang paling bermakna
buat Lelaki Tua tadi kau permudahkan segala urusan ku dan kau angkatkan segala bebanan dihati ku ini untuk selamanya"
Alhamdulillah
Masa tu teringat kata Teman #Crewsehatisejiwa #teamjutawanderma
Ingatlah jika allah uji kita sebenarnya dia sayang sangat dan kasih serta rindu kat kita
Dia nak dengar kita mintak serta merayu dengan dia.. Sebab ""ALLAH MAHA PENDENGAR"" & MAHA MEMBERI""
Kalau kau tengah hidup susah ada orang jauh lebih susah dari kau.
Kalau kau tengah tidak berduit ada orang tengah langsung tidak berduit.
Kalau kau tengah tidak ada makan ada orang lagi langsung tak makan..sanggup kutip sisa makanan di tepi tong sampah lagi dan tempat lain2
ooo Tidak berjurai air mata.. Walaupun aku seorang wanita hati aku ini bukan lah kuat sangat .. Jangan cakaplah
air mata berjurai macam apa time tu.. Melalak dibuatnya..
Rasa semua bebanan dipikut terlerai semua aku luahkan biarlah orang nak cakap apa..
Bersambung ………….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BEKAL ANAK KE SEKOLAH MINI BURGER BOLEH BANTU PARA IBU??

“TAK TAHU NAK PREPARE APA UNTUK SARAPAN PAGI ANAK ANDA??? NAK YANG SUPERSEDAP DAN MUDAH PENYEDIAAN. JOM KAMI BANTU ANDA.... ✅ Inginkan idea ...